Proact Ventures Sdn. Bhd. (PVSB) telah didaftarkan pada 18hb. Febuari 2005 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor penfdaftaran 681536 H dan dengan modal berbayar sebanyak Ringgit Malaysia Seratus Ribu (RM 100,000.00) serta modal yang dibenarkan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM 500,000.00).

PVSB adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang mana bertujuan memajukan masyarakat serta secara tidak langsung menyokong kearah pembangunan ekonomi negara. Telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, memiliki status Bumiputera dengan nombor pendaftaran 357-02044734 yang didaftarkan pada 15. Mac 2005.

PVSB beralamat di No. 29-1B, Jalan Orkid 4, Taman Orkid, Batu 9, Jalan Cheras, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan dan mempunyai syarikat cawangan di alamat Km 33.6, Air Hitam Darat, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Proact Ventures Sdn. Bhd. menjalankan operasi pengeluarannya di 3890B (Bengkel Besi) dekat Surau Bestari, Jalan Hulu Langat, Kg. Sg. Michu, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

pvsb

PVSB menjalankan aktiviti perniagaan yang utamanya iaitu pembersihan dan penyelenggaraan bangunan serta kawasan, memotong rumput, pengubahsuaian bangunan pejabat dan rumah serta merekabentuk dalaman. Disamping itu PVSB juga memberi perkhidmat sebagai pembekal kelengkapan hiasan dalaman rumah dan pejabat serta menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan elektrikal dan mekanikal.

Dengan prinsip ketulusan, keazaman, kesabaran dan ketahanan Proact Ventures Sdn. Bhd. Mampu menawarkan kepuasan pelanggan yang tinggi dalam perkhidmatannya.

 
     
.:: COPYRIGHT 2011 pvsb.com.my | ALL RIGHT RESERVED | WEBSITE BY ZURIDAN ::.