|
Backdated Issues 2012 -
February 2012
|
|
Written by Muhammad Fuad Bin Mat Noor
|
|
Tuesday, 06 March 2012 |
|

Platform maritim seperti sebuah kapal perang adalah merupakan aset yang
amat penting bagi sesebuah negara maritim seperti Malaysia. Sebuah
kapal perang moden sememangnya mempunyai harga yang mahal dan cara
pengendaliannya juga mungkin agak berbeza berbanding kapal-kapal era
sebelumnya.
Apa yang kerap membezakannya dengan kapal yang terdahulu ialah sistem elektronik dan komunikasi yang lebih canggih disamping rekabentuk fizikal yang lebih moden. Ini mengambil kira ciri-ciri rekabentuk yang dapat memberikannya kelebihan dalam semua aspek pengoperasian ketika latihan mahupun jika ia dikerahkan untuk melakukan rondaan hakiki. Bagi pihak TLDM terdapat beberapa buah kapal yang dijadikan sebagai kapal latihan, namun kapal-kapal tersebut adalah lebih merupakan kapal yang telah diubahsuai bagi tujuan tersebut dan bukanlah kapal yang khusus dibina dari awal sebagai kapal latihan. Platform yang paling utama ialah KD HANG TUAH. Kapal ini telah dilancarkan pada Disember 1996 dan pembinaan disiapkan pada 1968 di limbungan Yarrow (Shipbuilders), di Glasgow, Scotland. Pada 1973, ia ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut British dan akhirnya pada Mei 1977 ia diserahkan pula kepada pihak TLDM. Pada 1991 kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan bagi mengubah konsep kapal tersebut kepada sebuah kapal latihan. Selain itu terdapat juga kapal-kapal komersial moden yang telah disewa untuk memberikan pendedahan kepada kelasi TLDM untuk memahirkan diri dalam ilmu pelayaran. Kapal-kapal sedemikian ialah seperti MAHSURI dan FAJAR SAMUDERA.
Menyedari akan kepentingan untuk melatih kelasi mengikut platform dan teknologi maritim yang lebih moden, sebauh firma tempatan, NVG TECH dan gergasi perkapalan Korea Selatan DSME bakal membekalkan dua buah kapal yang diklasifikasikan sebagai Kapal Latihan atau TRV (Training Vessel). Walaupun demikian profil misi bagi kapal baru ini mengikut kehendak Tentera Laut Diraja Maaysia (TLDM), turut merangkumi aspek lain. Ini bagi membolehkan platform tersebut untuk digunapakai bagi beberapa tugasan sekiranya ia diperlukan untuk berbuat demikian. Tujuan asalnya adalah sebagai platform kapal permukaan bagi melatih para pegawai dan kelasi TLDM. Ia juga boleh dan sekiranya perlu mengikut kesesuaian dan keadaan digunapakai untuk operasi ketenteraan dan melaksanakan rondaan maritim serta bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat. Selain itu memandangkan kapal mempunyai geladak penerbangan di bahagian belakangnya. . .
(untuk maklumat lanjut, sila dapatkan majalah Tempur dipasaran.)
|
|
Last Updated ( Wednesday, 07 March 2012 )
|