Apa itu Langgan Wifi?
Langgan Wifi menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar kepada kawasan sekitarnya secara bulanan.

Berapakah harga langganan?
Harga langganan yang ditawarkan adalah sebanyak RM30 sebulan.

Berapa luas kawasan sekitar yang diliputi?
Kawasan meliputi 1km daripada pusat antenna dan juga bergantung kepada keadaan muka bumi serta infrastruktur yang diliputi.

Apakah maksud bergantung kepada keadaan muka bumi serta infrastuktur?
Kemungkinan kawasan anda ditempat tinggi atau rendah yang mana sebaran liputan tidak sampai. Infrastuktur pula bermaksud binaan yang dibina disekeliling kawasan liputan seperti banggunan yang mana mungkin menghalang anda daripada menerima liputan sepenuhnya.

Kenapa saya harus memilih Langgan Wifi sedangkan banyak lagi tawaran daripada syarikat telekomunikasi lain diluar sana yang hampir sama harganya?
Terdapat banyak faktor kenapa anda harus memilih Langgan Wifi. Untuk pengetahuan anda, broadband yang ditawarkan diluar sana mempunyai batas-batas yang telah ditetapkan. Antaranya ialah kelajuan, yuran pengaktifan, volume data dan peralatan. Mari kita lihat perbandingan antara pelan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sedia ada :

PELAN SAIZ PER BULAN KELAJUAN YURAN BULANAN
Kuning 10GB tidak diketahui RM108
Biru 5GB 3.6Mpbs RM98
Merah 12GB 7.2Mbps RM198
Hijau 5GB 400kbps RM49
Oren 20GB 7.2Mpbs RM128

Perbandingan pelan diatas tidak termasuk yuran pengaktifan dan pembelian modem yang mana harganya boleh mencecah ratusan ringgit serta kontrak. Langgan Wifi menawarkan lebih daripada pelan-pelan diatas.
Sebagai makluman, sejak beberapa bulan lalu terdapat beberapa laman web organisasi disekat atas sebab-sebab syarikat telekominukasi telah merubah polisi daripada public kepada private network. Untuk membolehkan pelanggan broadband melayari laman web yang disekat, pelanggan hendaklah menghubungi sendiri syarikat telekomunikasi tersebut untuk membuka port agar dapat melayari laman yang disekat. Persoalannya disini, kenapa pelanggan yang telah membayar puluhan ringgit sebulan tidak dapat melayari laman yang dikehendakinya? Kenapa perlu disekat? Bagaiman pula kos untuk menghubungi syarikat tersebut?Dengan penerangan seba sedikit diatas diharap dapat membuka minda anda.

Baiklah, yuran broadband mahal dan tidak berbaloi. Lebih baik saya mendaftar internet secara terus dengan TM dirumah dan tidak perlu saya melanggan Langgan Wifi. Bagaimana?
Kami tidak menghalang anda daripada melanggan secara terus melalui TM. Disini ingin dinyatakan mengapa anda perlu membayar RM98 sebulan jika menggunakan internet di malam hari sahaja?TM juga mempunyai "Fairly Usage Policy" setiap bulan walaupun tidak dinyatakan secara bertulis. Kata-kata yang dipetik-

"However, a small number of customers use more than their "fair share" of the Internet bandwidth provided by us. On average, about 10% of our customers are using a disproportionate amount of Internet bandwidth. These customers degrade the performance of our broadband service by taking bandwidth away from other customers, who use the service fairly.

For example, some customers use P2P or file sharing software, which constantly sends and receives videos and other types of very large files, throughout the day. These activities (download and upload continuously) use a lot of bandwidth and can significantly reduce the connection speed, which other customers are getting to access the Internet during peak hours. We don t believe this is fair to the vast majority of our customers."

Apakah yang diperlukan untuk melanggan Langgan Wifi?
Anda hanya memerlukan sebuah laptop yang mempunyai wireless. Hanya hidupkan wireless dan secara automatik, anda akan dapat melihat Wifi@RM30permonth0173069707 dan klik nama berkenaan untuk dihubungkan.

Saya tidak mempunyai Laptop, hanya Desktop PC. Bolehkah melanggan?
Ya. Anda boleh melanggan dengan membeli usb wireless yang terdapat dipasaran dengan harga antara RM30-RM50 bergantung kepada jenama dan kepantasan peralatan tersebut. Antara jenama yang boleh didapati ialah Dlink, Tp-link, Aztech dan lain-lain.

Adakah memerlukan wang pendahuluan?
Tidak. Kami tidak memerlukan wang pendahuluan.

Berapa lama kontrak antara pelanggan dan pengusaha?
Tiada kontrak diperuntukkan kepada pelanggan. Ini bermakna, pelanggan pada bila-bila masa sahaja boleh menamatkan perkhidmatan ini.

Saya ingin mencuba untuk melayari laman web menggunakan Langgan wifi untuk melihat keberkesanan perkhidmatan ini. Bagaimana?
Anda hanya perlu ke halaman "Free surfing" dan nilaikannya.

Bagaimana membuat bayaran?
Bayaran boleh dibuat secara atas talian diatas nama :

ZURIDAN BIN MUHAMMAD
bank rakyat cimb bank
220751090401 14560001512528
maybank public bank
164043669278 4883412814
rhb bank
11419200156735

atau berjumpa dengan pengusaha secara terus untuk membuat pembayaran. Kami juga menerima cek.

Bolehkah pembayaran dibuat menggunakan kad kredit?
Kami juga menerima bayaran melalui kad kredit. Bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui paypal.com diatas email atinfamily@hotmail.com

Berapa lama perlu menunggu setelah bayaran dibuat?
Setelah anda membuat pembayaran, sila sms nama anda, no akaun, bank yang didepositkan dan no telefon bimbit ke 017-3069707. Setelah bayaran disahkan dan maklumat direkodkan, kami akan akan menghantar kod wifi melalui no telefon bimbit anda.

Bagaimana jika setelah bayaran dibuat tetapi masih gagal menerima kod?
Jangka masa anda menerima kod setelah pembayaran dibuat adalah 30 minit. Sebagai pengusaha yang inginkan perniagaan berjalan dengan lancar, itulah jaminan kami.

Setelah menerima kod, apa yang perlu saya lakukan?
Anda hanya perlu memasukkan sekali sahaja kod tersebut pada ruangan kod dan tekan log masuk.

Adakah setiap kali saya ingin mengakses internet saya perlu memasukkan kod?
Tidak perlu.

Adakah pengusaha menyekat laman web?
Tidak. Kami tidak menyekat sebarang laman web yang terdapat diatas talian. Untuk pengetahuan anda, kami membenarkan laman-laman yang telah disekat oleh kerajaan Malaysia seperti www.fileserve.com dan lain-lain lagi kerana telah melanggar hak cipta dan sebagainya. Lain-lain servis di luar sana tidak membenarkan anda berbuat demikian. Inilah antara kelebihan kami dan kami percaya dengan kebijaksanaan pengguna hanya laman-laman web yang berilmiah sahaja dilayari.

Berapakah had bandwith untuk muat turun (download) dan muat naik (upload) bagi langganan ini?
Kami tidak menghadkan sebarang had untuk muat turun dan muat naik.

Saya ingin memuat turun bahan yang bersaiz besar, adakah terdapat idle timeout?
Tidak. Kami memberikan hak sepenuhnya kepada pelanggan untuk berhubung.

Jika langganan telah tamat bagaimana untuk menyambung semula perkhidmatan?
Anda hanya perlu mengikuti semula langkah-langkah seperti mana mula-mula anda melanggan.

Saya tidak dapat mengakses laman web kerana kod telah digunakan. Bagaimana?
Anda tidak boleh sesekali menggunakan kod anda keatas laptop-latop atau desktop-dekstop yang bukan milik anda. Ini kerana, setelah kod dimasukkan ke dalam laptop atau dekstop tersebut, bermakna kod tidak boleh dipindah ke laptop atau pc lain.