Blog

Sabtu yang Berhasil

Mar 16, 2010

 

Dengan pembukaan sesi baru Parlimen minggu ini, saya tidak sempat mengenang kembali majlis jamuan teh Sabtu yang lalu.  Dengan sedikit waktu yang saya ada ini, saya dan keluarga sukacita merakamkan penghargaan kami kepada semua yang dapat hadir, dengan sokongan dan minat yang mendalam terhadap gagasan 1Malaysia, ke majlis di kediaman saya di Seri Perdana pada hari itu.  Walaupun kita hadir dalam majlis tersebut tanpa sedikit pun mengenali satu antara lain, saya harap ramai antara anda yang  pulang dengan tekad akan saling memasukkan nama masing-masing dalam senarai rakan-rakan dalam talian anda.

Banyak perkara pertama yang terlakar pada petang itu:  secara rasminya saya dapat bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya buat kali pertamanya, dan sebagai tuan rumah julung kali pula meraikan anda dalam majlis seperti ini di Seri Perdana yang saya harapkan akan ada lebih banyak majlis minum petang dan sesi dialog seperti ini dapat dilakukan lagi.  Seperti yang saya katakan, saya memang sangat ingin mengundang  setiap rakan dalam talian saya ke majlis ini, tetapi untuk menjayakannya, kita  perlu mengadakannya di ruang sebesar stadium!

 

Komen (2)

Pemerkasaan Wanita Malaysia

Mar 09, 2010

 

Ketika seluruh dunia menyambut Hari Wanita Antarabangsa beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan mengambil sedikit waktu untuk melihat pencapaian dan peranan wanita di Malaysia.

Tahun lalu dapat dikenang atas pencapaian tertinggi Datuk Nicol Ann David dalam acara sukan dengan memperoleh tujuh kejayaan luar biasa daripada 11 kejohanan antarabangsa yang disertainya, anugerah World Brand Congress yang dimenangi oleh Datuk Sharifah Mohd Ismail dan pelantikan Senator Datuk Amani Maharuddin sebagai Timbalan Presiden Dewan Negara.

 

Komen (2)

 

Nilai Dialog dalam Penyelesaian Konflik

Mar 07, 2010

 

Dalam satu lawatan terbaru ke Sarawak bulan lepas, saya telah berkunjung ke beberapa petempatan dan kampung di negeri itu, termasuk Nanga Tada yang terletak hampir 80 kilometer di luar Sibu, dalam usaha merapatkan jurang pemisah antara bandar dan luar bandar dalam sosioekonomi kita.  Sejenak dalam lawatan itu termasuklah pertemuan singkat saya dengan pasangan Iban yang agak sudah lanjut usia, Medan anak Nunying dan isterinya Landun anak Ngumbang, yang tinggal di Rumah Meruan.  Apa yang menghubungkan saya dengan pasangan yang berumur ini merupakan peristiwa paling mencemaskan dan berbahaya dalam kerjaya saya sepanjang 14 tahun menjadi Menteri Pertahanan.

Pada Julai 2000, satu konfrontasi telah berlaku antara kumpulan penyeleweng Islam, Al-Maunah dan angkatan tentera Malaysia di Sauk, Perak.  Saat mempertahankan diri, seorang komando daripada pasukan elit terbunuh ketika bertugas.  Beliau ialah Askar Mathew anak Medan, anak lelaki kedua-dua pasangan lanjut usia tersebut.  Turut terkorban dalan insiden yang sama ialah pegawai penyiasat polis, R. Sagadevan.

 

Komen (40)

 

Minum Petang Bersama Saya

Mar 01, 2010

 

Minggu lepas saya telah merakamkan beberapa lagi video sebagai respons kepada sebahagian daripada komen yang dihantar kepada blog saya.  Berikut ialah satu daripadanya, tentang acara minum petang yang akan datang.

 

Komen (133)

 

Klinik 1Malaysia

Feb 23, 2010

 

Dalam Belanjawan 2010, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk  melaksanakan kaedah rawatan perubatan dan piawai paling tinggi untuk semua rakyat Malaysia, saya telah  mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia yang baru di seluruh negara bernilai RM10 juta.  Klinik-klinik ini diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan  segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah.

Sejak 28 Disember 2009, dan pembukaan perkhidmatan pertama di Lembah Pantai, 50 Klinik 1Malaysia telah dimulakan di kawasan-kawasan perbandaran yang terpilih.  Setakat ini lebih daripada 100,000 orang telah mengunjungi  klinik-klinik ini (mewakili purata 80 hingga 200 pesakit bagi setiap klinik setiap hari), untuk mendapatkan rawatan mudah bagi penyakit-penyakit seperti sakit kepala dan selesema.

 

Komen (73)

 

Latest Update

News-Video

Worst economic situation in Malaysia over: PM

 

Malaysia has stayed away from the worst of the economic situation and is currently moving beyond the bottom of the curve, a local daily reported here on Wednesday.The Star quoted Malaysian Prime Minister Najib Razak as saying that the stimulus packages the Malaysian government had announced to boost the country's economy was performing according to expectation.Two stimulus packages worth a total of 67 billion ringgit (19. 14 billion U.S. dollars) were announced in November 2008 and March 2009.Najib said in his speech read out by Malaysian International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed at the Intrade Malaysia and Kuala Lumpur International Trade Forum that the challenge now was to sustain recovery.Najib said that any decision to stop Malaysian government's support...

 

PM Message

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Banyak perkara pertama yang terlakar pada petang itu:  secara rasminya saya dapat bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya buat kali pertamanya, dan sebagai tuan rumah julung kali pula meraikan anda dalam majlis seperti ini di Seri Perdana yang saya harapkan akan ada lebih banyak majlis minum petang dan sesi dialog seperti ini dapat dilakukan lagi.  Seperti yang saya katakan, saya memang sangat ingin mengundang  setiap rakan dalam talian saya ke majlis ini, tetapi untuk menjayakannya, kita  perlu mengadakannya di ruang sebesar stadium!

 

 

Berita

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Malaysia mencari titik persamaan serta tidak prejudis antara satu sama lain dengan berpegang pada Gagasan 1Malaysia.Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kapit, Alex......

More

 

Pautan

 

 

Sembang

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x